PENDIDIKAN:
- Sekolah Kebangsaan Tapang (1993 – 1999)
- Ma’ahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu (2000 - 2005)
- Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah (2006 - 2007)
- Tahun akhir di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Pendidikan Islam)
PENGALAMAN:
- Mula mengenali dunia Photoshop ketika memegang jawatan sebagai Exco Dakwah dalam Persatuan Pendidikan Islam UPSI (PPI) sesi 2008/2009. Mendapat bimbingan secara tidak formal daripada Presiden Persatuan Pendidikan Islam (PPI) pada masa itu untuk gerak kerja publisiti setiap program di bawah seliaan Exco Dakwah.
- Selepas merancang untuk tidak bertanding dalam pemilihan Exco PPI pada sesi berikutnya, melibatkan diri dalam organisasi Rakan Surau al-Falah UPSI dan bergiat secara part time designer untuk program-program Rakan Surau al-Falah UPSI bagi sesi 2009/2010. Selain itu, menolong rakan-rakan untuk program-program seliaan mereka yang melibatkan kolej kediaman.
- Mendapat bimbingan secara formal mengenai teknik-teknik asas dalam Photoshop pada akhir tahun 2010 setelah menyertai kursus universiti. Kursus ini hanya mengajar teknik asas sahaja dan tidak melibatkan teknik-teknik professional.
- Bergiat sebagai part time designer untuk rakan-rakan yang memerlukan termasuk permintaan daripada sahabat-sahabat yang masih memegang jawatan dalam pentadbiran Persatuan Pendidikan Islam UPSI. Memenuhi permintaan untuk rekaan grafik daripada sahabat-sahabat dari luar UPSI.